Penuhi jemputan hari raya di rumah Dr Mahathir - Tuan Ibrahim
Iklan
SHAH ALAM - Di sebalik timbulnya spekulasi mengatakan wujud kerjasama politik baharu melibatkan Pas dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui gambar yang tersebar pada Rabu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man tampil menegaskan bahawa pertemuan itu bukanlah perjumpaan luar biasa.
Bahkan kata Tuan Ibrahim, pertemuan itu dilakukan selepas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin parti itu menerima jemputan untuk berhari raya bersama Tun Dr Mahathir di kediamannya.