AMPANG - Penduduk di Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang, di sini, menemui bayi perempuan yang ditinggalkan di pangsapuri berkenaan, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang memaklumkan penduduk telah terjumpa bayi tersebut pada jam 1.33 petang.