Penyamun dijel 44 bulan, dua sebatan

Iklan

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihukum penjara tiga tahun enam bulan dan dua sebatan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua tuduhan samun bersenjata dua bulan lalu.

Hakim, Emilia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman selepas tertuduh, Yap Zheng Ying, 21, mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan berkenaan.

Iklan
Iklan

Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 40 bulan dan satu sebatan, manakala 44 bulan penjara dengan satu sebatan bagi pertuduhan kedua.

Tertuduh dikehendaki menjalani hukuman secara serentak dari tarikh dia ditangkap.

Iklan

Mengikut kertas pertuduhan pertama, pemuda itu didakwa melakukan samun bersenjatakan pisau pemotong daging terhadap seorang pekerja kedai serbaneka.

Tertuduh didapati dengan niat melakukan kesalahan itu terhadap pekerja berusia 28 tahun di Megan Salak Park Desa Petaling pada jam 2.16 pagi, 17 Oktober lalu.

Iklan

Tindakan tertuduh menyebabkan mangsa berasa takut lalu menyerahkan wang dan tiga rokok berjumlah RM159.60.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh melakukan kesalahan samun dengan bersenjatakan pisau pemotong daging terhadap seorang lagi pekerja kedai serbaneka di Taman Sungai Besi, Cheras.

Tertuduh mengambil tiga kotak rokok serta wang tunai berjumlah RM155 di kedai itu pada jam 3.04 pagi, 9 Oktober lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan

Bagi setiap kesalahan, dia didakwa melakukan jenayah mengikut Seksyen 392 dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mohd Ashif, manakala tertuduh diwakili peguam, Rose Maria Mansor.

Terdahulu, Rose Maria memohon hukuman ringan tanpa sebatan, namun dibangkang oleh Siti Hajar kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Beliau berharap mahkamah menetapkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.