Tidak sukar jayakan ahli BN pangkah PH, PH sokong BN: Zambry
Iklan
SHAH ALAM - Penyokong dan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bertanggungjawab untuk menyokong antara satu sama lain dalam memastikan kelancaran pemindahan undi (transferable vote) kepada calon dua koalisi berkenaan.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, semangat kesepakatan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan perlu diterjemah di peringkat bawah, khususnya melibatkan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri kelak.