Sidang akhbar tergempar MB Perak
Iklan
Saarani (hadapan) bakal mengadakan sidang akhbar tergempar sebelum sidang DUN Perak berlangsung bagi menjawab spekulasi gerakan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan Negeri Perak ketika ini.
Susulan spekulasi kerajaan negeri tumbang dan usul undi tidak percaya terhadap Saarani
IPOH - Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak mengesahkan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad bakal mengadakan sidang akhbar tergempar bersama-sama 32 ADUN penyokong kerajaan sebelum bermulanya sidang DUN pada Isnin.
ADUN Behrang, Salina Samsudin berkata, keputusan sidang media khas itu diadakan bagi memperjelaskan dakwaan Ketua Pembangkang DUN, Razman Zakaria kononnya terdapat beberapa ADUN bertindak berjumpa dengan Pesuruhjaya Pas Perak itu, di tengah-tengah spekulasi wujud gerakan menumbangkan Kerajaan Perpaduan.