Berbaloi ulang-alik setiap hari
Iklan
Rakyat Malaysia bekerja di negara jiran itu peroleh pendapatan lumayan, ramai sudah mampu beli rumah sendiri
JOHOR BAHRU - Kenaikan nilai mata wang Dolar Singapura (SGD) berbanding Ringgit Malaysia (RM) memberi hikmah kepada rakyat negara ini yang bekerja di republik itu.
Dianggarkan hampir 400,000 rakyat Malaysia berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura untuk bekerja di negara jiran itu, sama ada merentasi Tambak Johor atau menerusi Laluan Kedua Malaysia - Singapura (Linkedua).