Dijangka berbuah sehingga Oktober
Iklan
Penggemar durian kini boleh menikmati ‘raja buah’ itu untuk tempoh lebih lama lagi kerana musimnya dijangka lebih panjang berbanding tahun-tahun sebelumnya.
JERANTUT - Penggemar durian di negara ini boleh menikmati ‘raja buah’ berkenaan untuk tempoh lebih lama lagi kerana musimnya dijangka lebih panjang berbanding tahun-tahun sebelum.
Ini berikutan keadaan cuaca panas yang melanda menyebabkan pokok durian mudah berbunga, selain hasil yang dikeluarkan lebih banyak bagi setiap pokok.