Sukar untuk Gerakan menang walau satu kerusi
Iklan
SHAH ALAM - Parti Gerakan dilihat kurang relevan dan tidak lagi mampu memperjuangkan nasib rakyat khususnya kaum Cina jika mereka tewas di semua 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, biarpun Gerakan berhasrat bertanding di 30 kawasan DUN di empat negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor, namun peluang untuk menang adalah amat sukar kerana berdepan DAP.