Malaysia perlu waspada risiko krisis makanan
Iklan
Sebarang perubahan harga petroleum global boleh memberi kesan kepada ekonomi Malaysia
SHAH ALAM - Malaysia perlu berwaspada dengan risiko krisis makanan seperti yang dihadapi rakyat di Eropah sekiranya berlaku perubahan harga petroleum global akibat kemelut berterusan yang melanda Ukraine dan Rusia.
Pensyarah Kanan, Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya (PASUM), Nur Ameera A Jaz, berkata, sebarang perubahan harga petroleum global boleh memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.