Empayar tiga Melayu paling kaya
Iklan
DRB-Hicom antara aset dimiliki Syed Mokhtar (Gambar kecil) yang kini tersenarai antara individu terkaya dalam Forbes 2023.
SHAH ALAM - Tiga orang Melayu tersenarai antara 50 individu terkaya Malaysia dalam senarai Forbes 2023.
Menurut majalah itu, tiga individu berkenaan ialah tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary; pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS), Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim dan tokoh perbankan terkemuka negara, Tan Sri Azman Hashim.