Kita semua dilahirkan cantik
Iklan
SAYA tertonton seketika sebuah drama di YouTube, adegan dua orang gadis sedang berdandan. Yang seorang itu sudah selesai berdandan dalam waktu yang singkat, tetapi yang seorang lagi tidak siap-siap. Ada sahaja yang tidak kena. Baju yang cantik tidak padan dengan tudungnya. Apabila ditukar tudungnya, gelangnya pula tidak sepadan. Macam-macam.
Saya mengalih saluran seraya tersenyum. Saya maklum ramai dalam kalangan wanita yang amat teliti dengan pakaian dan padanan aksesorinya. Mereka biasa mengambil masa yang lebih lama daripada orang lelaki dari segi berdandan.