Beri penjelasan, hala tuju parti dalam Kerajaan Perpaduan
Iklan
KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang membuka tirai pada Khamis diharap menjadi pentas buat pemimpin parti meleraikan kekeliruan ahli akar umbi terutama mengenai prinsip perjuangan parti setelah membentuk Kerajaan Perpaduan.
Rata-rata perwakilan yang ditemui menaruh sepenuh kepercayaan kepada barisan kepimpinan untuk memberi penjelasan agar kekusutan yang membelenggu kebanyakan ahli parti keramat itu dapat diredakan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.