NGO bimbang pindah projek kecil akan tambah kes rasuah di tempat lain
Iklan
SHAH ALAM - Pemindahan projek-projek infrastruktur kecil di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada jabatan lain atau pejabat daerah hanya akan menambah risiko lebih banyak kes rasuah di lokasi baharu proses pelaksanaan projek dilakukan.
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, pejabat daerah juga merupakan institusi yang berisiko tinggi berlakunya kegiatan rasuah, bahkan kes aduan sedia ada juga sudah begitu banyak.