Isu keciciran sekolah: KPM perlu sedar daripada lamunan
Iklan
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu sedar daripada lamunan dan menyedari bahawa rakyat mahu melihat satu usaha yang substantif daripada kerajaan dalam menangani masalah keciciran pelajar sekolah di negara ini.
Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, situasi tersebut dijangka bertambah teruk pada masa hadapan sekiranya kerajaan masih tidak melakukan intervensi secara bersepadu berhubung masalah berkenaan.