[EKSKLUSIF] Cadang gubal akta khas urus isu kanak-kanak
Iklan
Penggubalan Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak perlu format seimbang dengan nilai, acuan negara
KUALA LUMPUR - Cadangan penggubalan satu akta khas bagi mewujudkan sebuah Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak bersifat bebas dan tidak lagi terikat di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), hakikatnya memerlukan kepentingan penyediaan sistem atau format seimbang dengan nilai dan acuan negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Parlimen), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, cadangan penggubalan akta khas itu penting bagi memenuhi permintaan agensi-agensi kerajaan yang memerlukan bantuan interpretasi dan kefahaman undang-undang dalam mentakrif isu kanak-kanak dengan secukupnya.