Wajibkan individu panas baran jalani terapi kawal kemarahan
Iklan
SHAH ALAM - Individu panas baran hingga bertindak mencederakan orang lain bukan hanya perlu dikenakan tindakan undang-undang, malah wajar diwajibkan menjalani program khidmat masyarakat sebagai langkah untuk lebih bijak mengawal sikap amarah.
Pensyarah dan Penyelidik Psikologi di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mohd Awang Idris berkata, pendekatan bersifat mendidik dilihat lebih sesuai untuk dilaksanakan dalam isu berkaitan pengurusan sikap amarah tersebut.