Rakyat Kelantan perlu jadikan BN-PH pembangkang yang kuat
Iklan
SHAH ALAM - Bukan bermakna mengangkat bendera putih sebelum bertanding, Kerajaan Perpaduan diterajui Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) terpaksa menerima hakikat, sukar menewaskan Pas yang telah menerajui kerajaan negeri Kelantan sejak 33 tahun lalu.
Tambahan pula pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, tiada satu pun kerusi Parlimen di negeri Kelantan dikuasai oleh PH-BN.