Khairy tunjuk diri masih relevan untuk semua parti
Iklan
Penglibatan Khairy dalam perbincangan ekonomi bersama Anwar menimbulkan persoalan adakah bekas Menteri Kesihatan itu akan menyertai Pakatan Harapan. (Gambar kecil: Anis Anwar)
PENGLIBATAN bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam perbincangan ekonomi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli-ahli ekonomi lain telah meninggalkan 1,001 persoalan.
Biarpun perbincangan itu dikatakan untuk mendapatkan pandangan serta idea mengenai ekonomi negara daripada segenap lapisan masyarakat, kehadiran Khairy dan Anwar di bawah satu bumbung telah mencuri tumpuan rakyat.