'Menang dahulu, baru bincang kerusi Exco'
Iklan
BARISAN Nasional (BN) Pulau Pinang menegaskan koalisi itu lebih fokus untuk membantu Kerajaan Perpaduan mengekalkan penguasaan pada pilihan raya negeri (PRN) nanti, berbanding memikirkan agihan jawatan negeri seperti Exco.
Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, sejak dua kali rundingan kerusi pilihan raya dengan Pakatan Harapan (PH) negeri dan empat kali rundingan di peringkat Pusat yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, BN Pulau Pinang tidak pernah sesekali menimbulkan isu agihan jawatan kerajaan negeri sebagai antara syarat rundingan.