Razarudin, Ayob Khan kombinasi terbaik
Iklan
Gandingan mantap kedua-dua tokoh itu menjadi satu kekuatan pada PDRM.
SHAH ALAM - Pelantikan Tan Sri Razarudin Husain sebagai Ketua Polis Negara yang baharu, manakala Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai timbalannya merupakan kombinasi terbaik demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, gandingan mantap kedua-dua tokoh itu tidak dapat disangkal lagi memandangkan masing-masing mempunyai kredibiliti serta berpengalaman lama dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).