Kes Zuraida wajar jadi tanda aras BN hukum pengkhianat
Iklan
SHAH ALAM - Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan satu dokumen aku janji mengikat calon-calon pilihan raya koalisi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sememangnya wujud.
Beliau berkata, ia wajib ditandatangani setiap calon yang terpilih bertanding mewakili BN di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).