Tragedi kren runtuh: Arwah beri petanda tidak mahu pulang
Iklan
SHAH ALAM -"Hang balik dulu, aku tak balik dah.” Itu merupakan kata-kata terakhir salah seorang jemaah haji yang menolak pelawaan sahabatnya untuk pulang ke hotel sebelum dihempap kren runtuh di Masjidil Haram pada tahun 2015.
Biarpun sudah lapan tahun berlalu, peristiwa mengorbankan 108 nyawa dan 238 cedera pada masa itu masih segar di ingatan, Zainal Ramli, 62, yang berada di tempat kejadian.