Malaysia stabil untuk syarikat gergasi dunia melabur
Iklan
SHAH ALAM - Hasrat bilionair, Elon Musk untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi petunjuk kepada dunia bahawa Malaysia menjadi negara yang stabil untuk syarikat-syarikat gergasi global melabur.
Pakar Ekonomi, University College I-Cats, Kuching, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, ia juga memberi isyarat bahawa keyakinan pelabur besar dunia terhadap Malaysia ketika ini sudah mula wujud.