Anak-anak boleh jadi luar biasa
Iklan
Walaupun kita semua mengimpikan untuk anak-anak kita masuk universiti, tetapi janganlah pula kita berpegang bahawa dengan hanya masuk universiti seseorang itu akan berjaya. - Gambar hiasan.
SEKITAR tahun 1950-an, Edwin Fleishman, seorang sarjana psikologi melakukan banyak kajian untuk melihat kepelbagaian bakat dan kemahiran manusia. Yang terhasil daripada kajiannya ialah manusia ini rupa-rupanya ada lebih daripada 52 kemahiran dan bakat.
Tentulah setiap daripada kita ini juga berbeza-beza. Dengan kata yang mudah, kita akan dapat melihat ada orang yang cepat menulis, ada yang pantas berlari, atau yang pandai mengira. Semua orang secara umumnya ada kelebihan berbeza-beza dan mustahil sama.