Selangor jadi 'battle ground' PRN
Iklan
Hasil kaji selidik Endeavour-MGC dapati rakyat masih pilih PH diikuti PN dan BN
SHAH ALAM - Negeri Selangor bakal menjadi ‘medan perang’ paling sengit pada pilihan raya negeri (PRN) nanti, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh firma penyelidikan, Endeavour-MGC pada 12 hingga 18 Jun lalu.
Menurut dapatan dilakukan ke atas 1,068 responden Melayu yang telah mendaftar sebagai pengundi di negeri itu, didapati Pakatan Harapan (PH) memperoleh 42 peratus sokongan manakala Perikatan Nasional (PN) ‘mengejar’ dengan 33 peratus undi.