Peniaga degil jual telur penyu sorok-sorok
Iklan
Bukti masih terdapat penjualan telur penyu di sebuah pasar basah dan kering di Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU -"Jangan bising-bising, nak beli telur penyu kena diam-diam,” kata seorang peniaga di sebuah pasar barang basah dan kering yang menjadi tumpuan ramai di sini.
Tinjauan Sinar Harian mendapati penjualan telur penyu masih berlaku walaupun aktiviti berkenaan dilarang sejak tahun lalu.