Hargai penyu Malaysia sebelum diiktiraf pupus
Iklan
(Gambar kiri) Sebahagian telur yang busuk dan seekor anak penyu mati. (Gambar kanan) Anak penyu albino ditemui ketika proses menggali tetapi tidak berjaya hidup kerana jangkitan kulat.
KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Mengetahui populasi tiga daripada empat spesies penyu di Malaysia semakin menghilang, penulis diberi peluang untuk melihat habitat berkenaan dengan berkunjung ke Chagar Hutang, Pulau Redang, Terengganu.
Ekspedisi ini diketuai oleh Ketua Makmal Penyelidikan Luar, Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Mohd Uzair Rusli bagi membawa Sinar Harian meninjau kawasan mendarat dan bertelur haiwan marin berkenaan.