Diskaun 10 peratus di tol GCE sempena Krismas

Iklan

KUALA LUMPUR - Sempena sambutan Krismas, Kumpulan Syarikat Prolintas (Prolintas) mengumumkan diskaun tol kepada pengguna Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) bermula jam 12 tengah malam sehingga 11.59 malam 25 Disember ini.

Ia membabitkan diskaun sebanyak 10 peratus dan hanya perlu membayar RM1.70 untuk setiap plaza tol GCE.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Pegawai Operasi (Projek dan Operasi), Ir Rostam Shahrif Tami, diskaun tol yang diberi untuk 24 jam ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Prolintas untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya.

"Pihak Prolintas mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas dan Tahun Baharu 2020 kepada semua rakyat Malaysia.

Iklan

"Pemandu juga diingatkan agar sentiasa memandu secara berhemah dan merancang perjalanan bagi menikmati kembara yang lebih selesa,” katanya.

Beliau berkata, untuk maklumat lebih lanjut, pengguna boleh melayari laman sesawang www.prolintas.com.my dan di Facebook Prolintas Highways.

Iklan