Dua MP Amanah sedia galas jawatan Salahuddin
Iklan
SHAH ALAM - Biarpun masih berduka dengan kehilangan sahabat seperjuangan dalam parti, dua Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) sedia mengisi kekosongan jawatan ditinggalkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, jika diberi mandat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata, beliau dan kesemua ahli Amanah masih bersedih di atas pemergian Timbalan Presiden Amanah itu yang diibaratkan sebagai seorang abang, sahabat, pemimpin dan guru kepada mereka.