'Lawan parti kerana tak puas hati tindakan tidak bertanggungjawab'
Iklan
PUTRAJAYA - Tindakan beberapa ahli DAP yang bertindak melawan keputusan parti disebabkan tiada dalam senarai calon untuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) diibaratkan sebagai tidak bertanggungjawab.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, setiap nama diketengahkan parti melalui proses-proses yang ditetapkan dan berdasarkan jawatankuasa pemilihan calon.