Radhi Mat Din, Baddrol Bakhtiar, Altimet meriahkan PRN
Iklan
Mahfuz (tiga, kanan) dan Radhi (tiga, kiri) bersama calon Suka Menanti dan Kota Darulaman mengangkat tangan beramai-ramai selepas diumumkan sebagai calon di Pusat Penamaan Calon DUN di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, di sini, pada Sabtu.
SHAH ALAM - Kemeriahan persaingan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri pada 12 Ogos depan semakin terasa dengan penampilan calon daripada pelbagai latar belakang termasuk bekas personaliti sukan dan selebriti terkenal tanah air.
Antara yang telah disahkan membuat kemunculan di pentas PRN kali ini termasuk pemain legenda Harimau Malaya dan bekas kapten pasukan Kedah sekitar era 80-an dan 90-an iaitu Radhi Mat Din.