PRN 2023: Penentu survival politik lima bekas MB dan seorang ketua menteri
Iklan
Lima bekas menteri besar dan seorang bekas ketua menteri mencuba nasib dalam PRN enam negeri bermula Sabtu.
SHAH ALAM - Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam negeri kali ini bakal menjadi penentu jangka hayat politik enam penyandang jawatan menteri besar termasuk seorang ketua menteri.
Dalam masa sama, enam bekas menteri besar termasuk seorang bekas ketua menteri turut berusaha untuk memenangi hati rakyat dalam usaha memastikan mereka kekal relevan dalam kancah politik negara.