Landasan bagi sektor industri bersinar kembali
Iklan
SAYA baru sahaja mendengar lagu Faizal Tahir, Gemuruh dan lirik lagu itu sememangnya menggambarkan semangat kerajaan untuk menjadikan Malaysia lebih menyerlah susulan pelancaran rangka kerja,"Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat” pada 27 Julai 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Misi untuk memartabatkan ekonomi dan rakyat Malaysia amat jelas. Sememangnya sudah dijangka bahawa pelan ini bertujuan menangani cabaran semasa rakyat seperti peningkatan kos sara hidup.