Kita yang mengubah cara berpolitik
Iklan
Politik di negara ini kian sukar dijangka selepas BN kalah teruk pada tahun 2018. - Gambar hiasan
KATA Jonas Kaplan, penyelidik psikologi di University of Southern California, Amerika Syarikat, pegangan politik manusia ini antara yang paling sukar untuk diubah.
Perubahan sepertinya begitu menyakitkan. Ia seperti 'agama' yang membina identiti diri bagi sebahagian orang. Otak manusia sepertinya membina benteng pertahanan bila diajukan dengan persoalan yang berlawanan dengan apa yang mereka percaya.