Kerusi selamat buat kaum Hawa
Iklan
Supaya sasaran 30 peratus dalam kerajaan tercapai
SHAH ALAM - Pucuk pimpinan parti disaran memberi kerusi selamat kepada calon wanita pada pilihan raya nanti agar memperkasakan penglibatan mereka di arena politik.
Ketua Wanita DAP Pulau Pinang merangkap calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim berkata, galakan itu sebagai langkah untuk mencapai sasaran 30 peratus golongan wanita dalam kerajaan.