Jangkaan pengundi PRN hanya 70 peratus
Iklan
Ini berikutan keterujaan antara PRU15 dan PRN adalah berbeza
SHAH ALAM - Dianggarkan sebanyak 70 peratus sahaja pengundi yang bakal keluar mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) enam negeri, 12 Ogos ini.
Penganalisis Keselamatan dan Politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Nordin berkata, walaupun pengundian awal mencatatkan peratusan keluar mengundi tinggi, namun ia tidak mencerminkan perkara sama akan berlaku pada Sabtu ini.