Nasib berbeza lima bekas MB dan seorang mantan KM
Iklan
3 bekas MB kalah mengejut di kerusi disandang mereka sebelum ini
SHAH ALAM - Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung Sabtu, menyaksikan nasib berbeza dialami oleh lima mantan menteri besar dan seorang bekas ketua menteri di mana tiga daripadanya kalah manakala tiga lagi menang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi mereka.
Tiga bekas menteri besar yang mengalami nasib malang dalam PRN kali ini didahului dengan dua bekas Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang gagal mempertahankan masing-masing kerusi DUN Kijal dan DUN Seberang Takir yang disandang mereka sebelum ini.