Kalah-menang pemimpin parti dalam PRN
Iklan
SHAH ALAM - Pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri pada Sabtu menyaksikan beberapa nama besar pemimpin pelbagai parti berjaya memperoleh kemenangan dan tidak kurang juga yang kecundang.
Termasuk dalam senarai pemimpin parti yang meraih kemenangan pada PRN kali ini adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau atas tiket Barisan Nasional (BN).
Mohamad menang di kerusi DUN Rantau, pada PRN Negeri Sembilan yang berakhir pada Sabtu.