Kurang pembangkang, proses semak dan imbang mungkin terjejas
Iklan
SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang khususnya di Kelantan dan Kedah akan gagal berfungsi bagi proses semak dan imbang sekiranya sekadar memainkan sentimen dan tuduhan melulu.
Penganalisis sosiopolitik dari Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, kekurangan pembangkang sememangnya memberikan kesan kepada situasi semak dan imbang terutamanya di Kedah dan Kelantan serta Terengganu yang langsung tiada pembangkang.