'UMNO ibarat Titanic, Ahmad Zahid tak mampu selamatkan parti lagi'
Iklan
SHAH ALAM - Parti UMNO kini diibaratkan seperti kapal Titanic yang sudah sampai ke dasar laut kerana semakin hilang sokongan orang Melayu dan rakyat.
Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia, Profesor Datuk Dr Jayum Jawan berkata, dengan kekalahan terburuk dalam sejarah parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan hanya menang 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi dalam pilihan raya negeri (PRN) lalu, parti itu dilihat sudah mencapai ‘hayatnya’.