Ekspedisi Aweta ke Antartika tangguh kerana cuaca

Iklan
Sesi latihan selama 3 jam menjelajah bukit bukau di sekitar Magellan Reserve, Chile sementara menanti keadaan cuaca mengizinkan untuk ke Antartika. - Foto Facebook Aweta

SHAH ALAM - Ekspedisi Eksklusif Wanita ke Antartika, ‘All Women Expedition to Antartica’ (Aweta) yang sepatutnya bermula Rabu lepas terpaksa ditangguh seketika berikutan keadaan hujan yang tidak menentu di Puntas Arenas, Chile yang tidak membenarkan kumpulan itu masuk ke Antartika.

Mentor Aweta, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir menerusi entri terbaharu di laman Facebooknya hari ini berkata, bagaimanapun kumpulan itu akan masuk ke Antartika pada bila-bila masa apabila keadaan cuaca mengizinkan.

Iklan
Iklan

"Kita menjangkakan akan terbang ke Antartika pada bila-bila masa apabila diumumkan boleh berbuat demikian, aktiviti hari ini sementara menunggu penerbangan masuk ke Antartika kita mendaki Mount Vinson untuk tiga jam bagi mengekalkan stamina.

"Tiga wanita yang menyertai ekspedisi ini juga turut mendalami teknik pemakaian (baju) yang bersesuaian dengan perubahan cuaca yang sekejap sejuk dan sekejap panas,’’ katanya.

Iklan

Kumpulan itu akan menaiki ‘Aircraft Russian Illusion’ dari Puntas Arenas ke Antartika yang memakan masa kira-kira lima jam perjalanan.

Sharifah Mazlina berkata, kumpulan tersebut turut menggunakan masa terluang dengan memahirkan diri masing-masing dalam penggunaan sistem penentu kedudukan sejagat (GPS) sebagai langkah memudahkan ekspedisi mereka menakluki kutub selatan tersebut.

Iklan
Gambar yang dikongsikan di laman Facebook Aweta.

Dalam pada itu beliau turut menyeru rakyat Malaysia mendoakan ekspedisi tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kumpulan ekspedisi itu bertanggungjawab untuk melunaskan misi mencari dan membawa pulang kapsul masa lama ditanam Sharifah Mazlina pada 2004.

Pencarian kapsul yang ditanam sejak 14 tahun lalu di Kutub Selatan itu perlu dilakukan segera berikutan lokasi penanamannya berada berhampiran sebuah pusat penyelidikan Amerika Syarikat, selain dibimbangi memasuki kawasan berkenaan.

Misi yang dijadual bermula Rabu lepas hingga 3 Januari tahun hadapan itu melibatkan anggota Tentera Darat Malaysia Koperal Siti Jumaidah Bensali, 34, Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Dalam Negeri Salehah Abu Nor, 33, dan ahli farmasi Nurul Atiqah Tamarun, 31. - Bernama