Arteta akui Arsenal perlu bekerja lebih keras

Iklan
Arteta dilantik pengendali baharu Arsenal menggantikan Emery. - Foto Instagram Arsenal

TEKA-teki pengendali Arsenal terjawab apabila penolong pengurus Manchester City, Mikel Arteta akhirnya dipilih mengisi posisi yang ditinggalkan Unai Emery penghujung November lalu.

"Sukacita diumumkan pelantikan Mikel Arteta sebagai pengendali baharu Arsenal," kata kenyataan yang dipetik dari laman rasmi Web Arsenal.

Iklan
Iklan

Bekas tonggak The Gunners itu pernah menyarung jersi keramat kelab London berkenaan dengan 149 penampilan sejak 2011 hingga 2016 dibawah kendalian Arsene Wenger dilaporkan diberikan kontrak tiga tahun setengah di Emirates.

Piala FA dan Perisai Komuniti adalah dua trofi diraih Arteta sebelum menyertai kem barisan skuad kendalian Pep Guardiola.

Iklan

Sementara itu, Arteta berkata, beliau amat gembira kerana diberikan penghormatan mengendalikan kelab besar seperti Arsenal.

"Untuk itu fokus adalah jelas iaitu kami harus bekerja keras untuk kembali bersaing semula dalam mencabar kejuaraan

Iklan

"Semua di Arsenal tahu banyak perkara perlu dilakukan untuk kembali bersaing. Biarpun ianya tidak dapat dilakukan dalam sekelip mata, namun saya realistik Arsenal mampu melakukannya.

"The Gunners memiliki kekuatan tersendiri dengan para pemain berpengalaman dan bakat pelapis muda akademi," katanya.

Pemecatan Emery menyebabkan tugas mengendali The Gunners diambilalih pengendali sementara,

Freddie Ljungberg bagi lima perlawanan.

Sementara itu, Mesut Ozil menyambut baik kepulangan rakan sepasukannya kelahiran bumi Sepanyol berkenaan.

"Selamat kembali semula Mikel Arteta ke keluarga Arsenal," kata bekas tonggak Real Madrid itu.