Muda perlu sertai PH-BN atau PN untuk terus hidup
Iklan
PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hanya mempunyai dua pilihan untuk memastikan kelangsungan parti selepas mereka berdepan kekalahan teruk dalam pilihan raya negeri (PRN) melibatkan enam negeri baru-baru ini.
Dua opsyen tersebut ialah sama ada kembali kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) yang bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), atau menyertai Perikatan Nasional (PN).