Tukar logo tidak jamin UMNO mampu tarik kembali sokongan pengundi
Iklan
SHAH ALAM - UMNO masih berdepan kesukaran untuk menarik kembali sokongan pengundi terutamanya orang Melayu pada pilihan raya akan datang meskipun tidak lagi menggunakan logo Barisan Nasional (BN).
Penganalisis politik dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, ini kerana penggunaan logo BN oleh UMNO bukan menjadi faktor parti itu ditolak dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini.