Sembilan bulan cukup lama
Iklan
BEBERAPA perkembangan menarik dilaporkan dalam bidang ekonomi dan korporat yang mencerminkan keadaan ekonomi negara serta pendirian kerajaan mengenainya, antaranya ramalan pertumbuhan ekonomi yang semakin negatif, menggalakkan pelaburan terus domestik dan jual beli strategik korporat.
Kita mengakui pengaruh luar terhadap ekonomi negara, namun tanggungjawab mutlak dan mutakhir terletak atas bahu kita sendiri. Dalam hal itu, kepimpinan negara yang kuat, cekap dan diyakini adalah penentu. Kerajaan Perpaduan sudah mentadbir selama sembilan bulan.