Beras tempatan kurang, beras import mahal
Iklan
SHAH ALAM - Masalah kekurangan bekalan beras putih tempatan yang harganya lebih murah kerana dikawal kerajaan terus berlarutan disebabkan permintaan yang tinggi dan pada masa sama harga beras putih import semakin meningkat.
Tinjauan Sinar Ahad di beberapa kedai runcit sekitar Lembah Klang mendapati mereka berdepan situasi tersebut sejak lebih tiga bulan lalu.