Mengelak tsunami ekonomi
Iklan
Ada pemandu teksi sukar memperoleh pendapatan walaupun RM30 sehari. - Gambar hiasan
PADA 2 September lalu, Sinar Harian telah menerbitkan satu isu berkaitan pendapatan rakyat yang terjejas ekoran pelbagai cabaran semasa dihadapi ketika ini.
Tinjauan itu merujuk kepada pendapatan pemandu teksi yang amat terjejas di Kuantan, Pahang disebabkan beberapa faktor, antaranya berlaku pengurangan ketara pelanggan kerana penumpang lebih gemar memilih dan menggunakan perkhidmatan e-hailing.