Kaji selidik UTM: Calon PH dahului kempen PRK DUN Simpang Jeram
Iklan
SHAH ALAM - Kaji selidik lapangan kumpulan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mendapati calon Pakatan Harapan (PH), Nazri Abdul Rahman lebih popular dalam kalangan pengundi dan kini mendahului kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
Menurut Pensyarah Kanan, Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, UTM, Profesor Madya Dr Mazlan Ali, populariti Nazri jauh meninggalkan calon Perikatan Nasional (PN), Dr Mohd Mazri Yahya dan wakil calon Bebas, S Jegananthan.