Budak perempuan 5 tahun jual minuman demi bantu rakan

Iklan
Katelynn Hardee menjual minuman panas demi mengumpul wang untuk meringankan beban beberapa keluarga pelajar sekolah yang tidak mampu membayar bil makanan tengah hari.

CALIFORNIA - Kemuliaan hati seorang kanak-kanak perempuan dari California, Amerika Syarikat membuka gerai kecil menjual minuman coklat panas semata-mata kerana mahu membantu rakan-rakannya membayar hutang bil makanan tengah hari di sekolah meraih pujian warga media sosial.

Baru berusia 5 tahun, Katelynn Hardee menjual minuman panas demi mengumpul wang untuk meringankan beban beberapa keluarga pelajar sekolah yang tidak mampu membayar bil makanan tengah hari.

Iklan
Iklan

Hardee berhasrat untuk membantu seramai 123 rakan pelajar dengan melunaskan hutang berjumlah AS$616 (RM2,550).

Dengan harga AS$2 (RM8) gerai kecil Hardee menawarkan pilihan minuman seperti coklat panas dan 'apple cider'.

Iklan
Iklan

Difahamkan setakat ini, Hardee telah menyumbang AS$78 (RM322) daripada keuntungannya bagi melunaskan hutang tersebut. - Agensi