Bila sudah hilang rasa malu
Iklan
HARI ini semakin ramai sudah hilang rasa malu. Kita tidak malu mencaci orang lain dan mempamerkan perangai tidak senonoh, sebaliknya rasa bangga pula melakukan sesuatu yang memalukan diri. Mengapa?
Malu adalah sifat terpuji. Ia salah satu daripada cabang-cabang iman seperti sabda baginda SAW:"Malu itu adalah sebahagian daripada keimanan.”